TQ ZECON: Sumbangan Sarawak Chief Minister Cup 2011

July 5th, 2011

BPC-ZECON-UTUSANSARAWAKBORNEOPOST-ZECONSPONSOR

Majlis Penyerahan Geran Tahunan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak 2011

July 1st, 2011

TERIMA KASIH KSPU ATAS  SOKONGAN DAN  BANTUAN

Tarikh :30 hb Jun 2011

Tempat : Hotel Pullman Kuching Sarawak.

Hadir: Presiden Persatuan Paintball Sarawak

Setiausaha Persatuan Paintball Sarawak

Temubual Secara Langsung PPS di Muzik Aktif Tv1

June 19th, 2011

18 hb Jun 2011, Bertempat di RTM , Kuching Sarawak, Temubual Secara Langsung PPS di Muzik Aktif Tv1. Turut hadir dalam temubual tersebut , Paul Ajah wakil dari Borneo Paintball Proshop.

Sebahagian dari gambar semasa siaran langsung RTM 1 dan Astro 180 .

Kejohanan Mini Paintball Bank Rakyat Cawangan Satok

May 22nd, 2011

Sementara itu   di BPP Stadium Paintball Kuching Sarawak pula pada hari yang sama, berlangsung kejohanan Mini Paintball bagi kakitangan Bank Rakyat cawangan Satok. Kejohanan ini dianjurkan oleh Bank Rakyat cawangan Satok dengan kerjasama dari BPP Stadium Paintball dan Persatuan Paintball Sarawak.Aktiviti sukan paintball adalah salah satu dari 5 aktiviti sukan Bank Rakyat cawangan Satok.  Sebanyak 4 pasukan telah turut serta dalam kejohanan ini yang diadakan dengan format liga.
Pasukan Biru   telah membuktikan kehebatan apabila muncul juara diikuti oleh pasukan Putih ditempat ke 2 manakala pasukan  hijau dan  merah. ditempat ke 3 & keempat. Menurut penganjur kejohanan , kejohanan ini  adalah bagi memupuk semangat berkerjasama dan cara kerja berpasukan diantara kakitangan.

Sri Aman 5-Men Rec Ball Challenge 2011

May 22nd, 2011

Jabatan  Belia dan Sukan daerah Sri Aman dengan kerjasama BPS Sri Aman dan Persatuan Paintball Sarawak telah menganjurkan Kejohanan Paintball Rec-Ball 5-sebelah di Padang Borneo Paintball Scenario Sri Aman pada 21 Mei 2011.

Sebanyak 8 pasukan dari sekitar Sri Aman telah menyertai kejohanan sehari itu, yang secara tidak langsung telah mempromosikan sukan paintball di kalangan penduduk di kawasan Sri Aman.

Kejohanan dianjurkan secara format kalah-mati telah menemukan pasukan SPF dan Engkelili dalam perlawanan akhir. Pasukan SPF telah muncul juara setelah menewaskan pasukan Engkelili dalam pertarungan sengit. Tempat ketiga pula menjadi milik pasukan Gecko Merah. Pemenang membawa pulang trofi dan wang tunai dari pihak penganjur.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, Encik Osman Rosli.

Foto by : awang khairul boboi

Sessi Pengambaran Aktiviti Paintball untuk Muzik Aktif Tv1

May 16th, 2011

15 hb Mei 2011, Kuching – Sessi pengambaran telah dibuat di BPP Stadium Paintball oleh krew RTM Muzik Aktif Tv1 dengan kerjasama Persatuan Paintball Sarawak. Turut hadir bersama semasa pengambaran adalah pasukan marsyal, Waxer,Dragon Raiders, BPS SriAman dan pemain pemain sukan paintball dari bahagian Kuching. Rancangan ini akan ke udara pada 18 hb Jun 2011. Terima Kasih kepada semua yang memberi kerjasama semasa pengambaran ini dijalankan .

Kejohanan Paintball Piala Sultan Kedah ( MPOC 3rd Leg 2011)

May 15th, 2011

Keputusan Penuh Kejohanan Paintball Piala Sultan Kedah ( MPOC 3rd Leg 2011)

6-7 hb Mei 2011

Division 1
1st – Nemesis Legion
2nd – Demonz Red
3rd – X-Fox
4th – Xtioneers

Division 2
1st – Killerbeez
2nd – Red 7
3rd – Urban X
4th – Hittballerz

Division 3
1st – Grammaton Clerics
2nd – Votolocos
3rd – Kraken
4th – Labuan Fighters

Division 4
1st – Armada Shooter
2nd – Deep Orbit
3rd – 7th Legion
4th – Sabil

Sebuah pasukan dari BPP Stadium Paintball telah turut serta dalam kejohanan kali ini. Pasukan Beezwaxer telah beraksi cemerlang semasa  semua perlawanan peringkat awal kejohanan tanpa kalah. Namun demikian, nasib tidak menyebelahi pasukan ini apabila tewas diperingkat kalah mati.

Manakala sebuah pasukan yang terdiri dari gabungan ahli persatuan paintball sarawak cawangan Kuala Lumpur dan Kuching telah berjaya mendapat tempat ke3. Pasukan Urban X beraksi cemerlang pada peringat kalah mati walaupun berada pada tangga ke 7 peringat awal kejohanan.

Selain daripada itu, 3 org marsyal dari persatuan paintball Sarawak telah turut serta terpilih menjadi marsyal bagi kejohanan tersebut. Diharap dengan adanya pendedahan pada kejohanan sebegini akan membantu pasukan marsyal ini dalam mengendalikan kejohanan di Sarawak pada masa akan datang.

mpoc

Utusan Sarawak : Paintball tingkatkan disiplin & jatidiri

May 14th, 2011

Utusan Sarawak 14hb Mei 2011, Artikel mengenai aktiviti sukan scenario paintball yang telah diadakan oleh BPP Stadium Paintball dan BPS Pasir Pandak dengan sokongan dari Persatuan Paintball Sarawak dan BPP Stadium Paintball pada bulan April dan Mei 201..

UtusanSarawakScenario

Utusan Sarawak : Paintball kian diminati

May 9th, 2011

Utusan Sarawak : Style 7 hb Mei 2011. Artikel mengenai promosi sukan paintball oleh Persatuan Paintball Sarawak.

utusansarawak7hbMei2011

Tahniah ! Dragon Raiders Juara Divisyen 3, MYNPL # 2 2011

April 18th, 2011

Tahniah! Dragon Raiders, muncul kali kedua bagi Divisyen 3, Liga Paintball Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Dataran Palawan Melaka pada 16-17 hb April 2011.

3 lagi pasukan dari Sarawak, Beezwaxer Div 1, Waxer Legion Div 2 dan Tribal Waxer tidak berjaya melepasi peringkat  suku akhir kejohanan kali ini apabila tewas kepada lawan masing masing.

Kejohanan sebanyak 4 siri ini akan diadakan di 4 lokasi. Siri Ke 3 akan diadakan di Petaling Jaya pada awal bulan Julai 2011.