Sukan Paintball merupakan sukan ekstrem yang makin diminati oleh golongan belia pada masa kini. Perkembangan sukan paintball disarawak bermula pada pertengahan tahun 2007 dan kini ianya semakin digemari di pelbagai peringkat masyarakat di negeri Sarawak.
Sejajar dengan perkembangan sihat itu, setiap penganjuran kejohan paintball pastinya memerlukan pengadil atau lebih dikenali sebagai marsyal. Dengan adanya marsyal yang berpengalaman, mahir serta cekap maka keputusan kejohanan adalah adil bagi semua pihak .
Bagi marsyal di Sarawak pula, ianya bermula apabila salah seorang coordinator marsyal dari Sarawak turut serta dalam kursus yang dianjurkan oleh Malaysian Marshal pada tahun 2007 . Turut hadir bersama semasa kursus marsyal yang telah diadakan di kuala Lumpur ketika itu adalah wakil marsyal dari sabah. Setelah tamat kursus para marsyal dari sabah dan Sarawak mula mengorak langkah merekrut marsyal marsyal baru bagi kejohanan yang adakan diadakan di negeri masing masing.
Hasil usaha coordinator marsyal Sarawak, maka wujudnya satu pasukan marsyal Sarawak yang terdiri dari golongan kaum lelaki dan wanita. Latihan dan kelas pengukuhan sering diadakan bagi memantapkan lagi marsyal Sarawak bagi mengadili kejohanan tempatan dan kejohanan besar yang diadakan di Kuala Lumpur. Tugas sebagai seorang marsyal bukan tugas yang mudah , kerana ianya begitu mencabar mental dan kesabaran marsyal. Ini termasuk mengadili perlawanan dengan adil dan saksama disamping memastikan keselamatan adalah terjamin sewaktu kejohanan sedang berlangsung. Ciri ciri yang perlu ada pada seorang marsyal paintball adalah daya tahan kepada kesakitan akibat tembakan paintball,tahan lasak,tangkap,jatidiri yang tinggi disamping berdisplin serta komited terhadap amanah untuk menjadi seorang marsyal sukan paintball.
Pada tahun 2010, 7 orang marsyal Sarawak telah terpilih untuk mengadili kejohanan paintball piala dunia asia yang bertempat di Kuala Lumpur. Angka ini meningkat dari jumlah 5 orang marsyal yang mengadili kejohanan tersebut pada tahun 2009. Ini termasuk 2 orang marsyal wanita. Marsyal marsyal dari Sarawak juga turut mengadili kejohanan tempatan seperti Malaysian Paintball Official Circuit dan lain lain kejohanan tempatan di Sarawak. Selain dari itu marsyal dari Sarawak juga turut terpilih untuk mengadili kejohanan peringkat antarabangsa seperti kejohanan paintball antarabangsa pattaya ,Thailand pada tahun 2010 dan kejohanan paintball antarabangsa di Filipina pada tahun yang sama.
Selaras dengan perkembangan sihat sebegini dan Persatuan Paintball Sarawak dan Malaysian Marshals Sarawak akan mengadakan sessi kursus pengenalan asas kepada marsyal paintball pada 13 hb Mac 2011. Ianya diadakan di Sentosa Sports Centre Paintball Arena ,Kota Sentosa Kuching Sarawak.
Kursus ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Malaysian Marshals iaitu salah sebuah organisasi pengadilan sukan paintball di Malaysia. Akan turut serta hadir dan memberi ceramah didalam kursus ini adalah En Junaidi Kalil yang merupakan pengasas kepada Malaysian Marshal dan juga Pengurus bagi Pengadil Paintball Asia ( Asian Reff Manager)
Yuran pendaftaran adalah Rm50 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta kursus ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mohd Nizam Takip 0128750405 atau Kamalia 013 2098872 (email : admin@sarawakpaintball.org) dan juga laman web www.sarawakpaintball.org